Kita Geng ✿

Thursday, 25 October 2012

No title dear, sorry :)

heyy bloggy tersayang :*
tonight, aku nak cerita sikit dekat kauu bloggy.. aku guna bahasa aku sebab aku nak story dekat kau, bloggy.. bukan dekat manusia atau pembaca blog ni.. hem.. fikiran dan otak aku memang serabut gilaa.. not in mood gilaaa.. sepatutnya malam ni aku happy-happy je tapi tak seperti yang sepatutnya.. aku tengah not in a good mood tapi entah kenapa telinga aku ni gatal nak dengar lagu jiwang.. so, aku search youtube lagu ARMADA.. lagu Armada Band memang semuanya jiwang siott.. jiwang di tengah malam ni buat aku makinn gilaaa.. hemmm.. aku taktahu kenapa, rasa jiwa aku kacauuu sangat.. hem.. yang peliknyaa.. aku tak sedar pon hal apa yang buat aku kacauu gilaa.. yang aku sedar, sesampai je aku dekat grocery store mama aku ni.. mood aku berubah.. sedangkan, sebelum bertolak datang sini tadi, aku paling bersemangat nak datang.. tapi, when sampai sini.. mood aku berubahh mendadak.. hem.. taktahu kenapa.. hampir semua orang aku tak layan.. hemm.. tiba-tiba aku rasa aku ni alone :( arghhhhh ~ tak ada orang yang faham aku.. hummmphh ! =,='

Saturday, 15 September 2012

Halooooooo :D


HALLOOOOO AWAKK ! ye ! awak la. yang dekat sebelah tu. haha. HOW ARE YOU ? diharapkan semuanya sihat ye :D di lewat malam berwaktukan 2:15 am yang bertarikhkan 16.09.2012 ni, saya ingin berkongsi tentang ___________ dengan kamu semua.. __________ ? saya pon taktahu nak isi apa di sini.. atau dengan bahasa yang lebih mudah difahami masyarakat, saya takda idea nak buat entry pasal apa. haha. cuma, saya ingin menaip sedikit sebanyak di ruangan yang agak berhabuk kerana sudah lama tidak diupdate ini. sekarang saya tengah online di sebuah CC. Cyber Cafe ni sebenarnya dah ditutup, tapi saya masih boleh main komputer disini kerana CC ini kepunyaan Mr. Fruitheart kakak saya. saya main ni pon sebab sambil temankan kakak saya buat assignment dia. lagipun, baru lepas makan pizza tadi sama-sama. hem, apa lagi nak bagitahu yea ? aduii ! oh ! EXAM ! hari selasa ni exam.. TWO DAYS more, left. saya baru study PAI saja, tu pon sikit baru baca. aduii la ! macam mana la ni ? ISH ! hari selasa ni ada exam BM, BI and then PAI. nasib baik ketiga-tiga tak susah sangat. fuhh ~ =,=' harap-harap dapat jawab. awak semua, WISH ME LUCK eyh ? sayang awak semua :D satu lagi, pasal orang yang saya sayang :( Sis FAQIHAH ILYANA !   saya disini, cuma nak bagitahu yang saya sayang dia sangat-sangat. hidup saya tak bahagia tanpa kakak sebaik dia disisi saya :) saya sayang dia ketat-ketat selamanya. saya harap dia boleh ada disisi saya sehingga tiba masanya ;) okey la ! tu je kot. Got to go. pagi esok ada banyak kerja lagi nak kena buat sebelum pergi maktab. Oh ~ Good Night yang dah nak Moning ye semua. daaaaaaa ! Assalamualaikum :D

Thursday, 23 August 2012

Ya Rasulullah :')

assalamualaikum pembuka bicara buat pembaca entry ini.. hari ini saya rasa apa yang ingin saya kongsikan amat menarik berbanding hari-hari yang lalu.. saya ingin kongsikan video tentang "Kisah Seorang Pelajar UIA Mimpi Bertemu Rasulullah S.A.W".. Video ni dah lama saya terlihat tapi sekadar melihat tajuknya, saya tidak pernah memainkannya.. tapi, tadi seorang kawan saya kongsi video ini di wall FB saya.. dengan kata-katanya yang menarik membuatkan terdetik di hati ni untuk melihat lebih lanjut video ini..



Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim..
jika benar setiap yg ditinta ini, beri kami kesempatan utk menitiskan meskipun hanya setitis air mata kerana sedar akan kekerdilan diri ini dan menghamparkan kerinduan pd KekasihMU, RASULULLAH S.A.W. walaupun untuk saat ini saja kerana kami tahu terlalu mudah untuk kami alpa dari rasa ini.. Ameen..

Subhanallah.. gugur air mataku keranaMU Ya Allah.. #Mari kita sama-sama tanamkan sifat sabar dalam diri kita..

Wednesday, 15 August 2012

Ramadhan & Syawal ;) Bulan yang mulia..


Assalamualaikum wbt.. Apa khabar semua ? harap semua sihat walafiat ye.. malam ni saya nak membicarakan sedikit tentang............. Ramadhan dan Syawal.. agak lama tangan tidak menaip di ruangan blog yang serba indah ni.. haha.. jadi, di kesempatan ni, sy ingin berbicara sedikit la..
sedar atau tidak, di kalendar hijri dah bertarikh 28 Ramadhan 1433.. maksudnya, dah hampir 28 hari kita berpuasa.. Rasa macam sekejap sangat.. pejam celik, pejam celik dah 28 hari.. tinggal lagi 1 atau 2 hari je.. kemudian dah masuk 1 Syawal.. Syawal ? 1 Syawal ? apa maknanya tu ??? adakah maknanya ~ RAYAAAAAAAAAAA !! haha.. yupp.. 1 Syawal kita raya lah..1 atau 2 hari je lagi.. teruja sangat rasanya nak sambut Aidilfitri tahun ni.. mesti semua bergaya sakan kan ? bahagia sangat nak sambut Syawal tapi puasa tetap jangan lupa.. harap semua yang boleh puasa penuh, puasa penuh lah ye.. yang takleh tu, tak apalah.. di kesempatan ni, saya nak ucapkan selalu la sebelum terlambatt ~
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua umat Islam sama ada yang mengenali diri ini atau sebaliknya.. Juga buat semua kawan" lama dan juga buat insan" yang disayangi.. Saya memohon maaf andai ada TERkasar bahasa, TERsilap bicara, TERmarah yang tak kena, TERtanya tak tentu hala, TERsasul yang tak sengaja, TERpukul dekat mana", TERpekik di telinga, TERhantuk di kepala, TERpinjam harta benda, TERmoody tak semena mena, TERumpat bila", TERsepak terajang, TERcuit sini sana ke dan segala ketelanjuran saya, mohon dimaafkan.. Maaf Zahir dan Batin (#menyusun 10 jari).. yang kenal rumah saya tu, jemput la ke rumah ye.. ;) Selamat Hari Raya Aidilfitri ~

Thursday, 19 July 2012

Boria =)



Haiiiiiiii hambahamba sekalian ~ eh, bukan hamba apa, tapi hamba Allah.. sama juga dengan saya pon.. Hamba Allah jugak..
 Lama dah tak buat entri baru.. bukan apa, tak ada idea.. dan sibuk sikit, tak ada masa lah.. maklumlah, pelajar asrama penuh kan.. 24 jam lah dengan urusan sekolah dan asrama.. bercakap tentang sekolah, entri terbaru ni berkait dengan sekolah.. saya ditugaskan oleh guru saya untuk melakukan Tarian Boria.. kamu semua tahu tak Tarian Boria tu apa ? tak ? tak mungkin lah tak tahu.. Mesti dah tahu kan ? tak apa lah, kalau dah tahu pon,, saya tetap nak bagitahu lagi jugak..



haa.. ni sekeping gambar tarian boria yang saya jumpa.. tariannya lebih kurang macam ni lah.. Mengenai Boria pula.. Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negerinegeri Utara Malaysia, terutamanya Pulau Pinang.. Secara umumnya, asal boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi... Persembahan boria mempunyai dua segmen, iaitu sketsa dan tarian.. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang yang biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi.. Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi.. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa.. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian,harmonika adalah digalakkan..
tu je sedikit sebanyak tentang boria.. maaf lah tak ada video ye.. ada masa lagi, saya nak kongsi tentang perkaraperkara yang lain pula.. semoga entri saya kali ni memberi manfaat sedikit sebanyak kepada semua :) terutama pelajarpelajar.. kerana kita hendakah meneruskan tradisitradisi dan warisan tradisional yang ada di negara kita ni :) sekian saja.. Assalamualaikum..