Kita Geng ✿

Thursday, 19 July 2012

Boria =)



Haiiiiiiii hambahamba sekalian ~ eh, bukan hamba apa, tapi hamba Allah.. sama juga dengan saya pon.. Hamba Allah jugak..
 Lama dah tak buat entri baru.. bukan apa, tak ada idea.. dan sibuk sikit, tak ada masa lah.. maklumlah, pelajar asrama penuh kan.. 24 jam lah dengan urusan sekolah dan asrama.. bercakap tentang sekolah, entri terbaru ni berkait dengan sekolah.. saya ditugaskan oleh guru saya untuk melakukan Tarian Boria.. kamu semua tahu tak Tarian Boria tu apa ? tak ? tak mungkin lah tak tahu.. Mesti dah tahu kan ? tak apa lah, kalau dah tahu pon,, saya tetap nak bagitahu lagi jugak..



haa.. ni sekeping gambar tarian boria yang saya jumpa.. tariannya lebih kurang macam ni lah.. Mengenai Boria pula.. Boria adalah sejenis teater yang amat popular di negerinegeri Utara Malaysia, terutamanya Pulau Pinang.. Secara umumnya, asal boria dikaitkan dengan peristiwa Karbala di Parsi... Persembahan boria mempunyai dua segmen, iaitu sketsa dan tarian.. Nyanyian boria diketuai oleh seorang tukang karang yang biasanya akan memegang tongkat penunjuk ketika menyanyi.. Rangkap karangan boria yang hujung sukukatanya sama setiap rangkap kisahnya berkaitan dengan sketsa yang dipersembahkan.. Sailor yang terdiri lebih dari enam orang di belakang tukang karang akan menyanyi dengan mengulangi rangkap pertama nyanyian tukang karang tadi.. Alat-alat muzik boria telah berubah mengikut peredaran masa.. Namun begitu penggunaan alat-alat muzik seperti violin, marwas, gendang panjang, akordian,harmonika adalah digalakkan..
tu je sedikit sebanyak tentang boria.. maaf lah tak ada video ye.. ada masa lagi, saya nak kongsi tentang perkaraperkara yang lain pula.. semoga entri saya kali ni memberi manfaat sedikit sebanyak kepada semua :) terutama pelajarpelajar.. kerana kita hendakah meneruskan tradisitradisi dan warisan tradisional yang ada di negara kita ni :) sekian saja.. Assalamualaikum..

2 comments:

  1. pernah dengar perkataan boria2 nie tapi tak tahu apa sebenarnya tarian tersebut... menarik... thanks for sharing the info

    ReplyDelete

Kalau suka , komen lah sikit awak :)